Wednesday, July 13, 2011

Biarkan Ia Berlalu..

Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan kita. Astaghfirullah..Ampunkan aku..
"Bagi orang-orang yang waras. Kecundang masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan ataupun dikoyak dan dibakar seperti cebisan kertas agar luput dari ingatan, bukan diratap dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan."

Begitu susah untuk menjaga hati seorang kawan..dan begitu susah untuk merawat kelukaan hati sendiri..sesuatu perkara yang berlaku ternyata betul-betul sukar dilupakan. Betul, kesabaran seseorang ada batasnya juga dan kita sebagai insan perlu bijak mengawal emosi dan perasaan agar tidak hanyut dalam lautan kemarahan. Ya Allah..hapuskanlah marah ini dan bawalah ia pergi...dan aku perlu mengalah walaupun kebenaran itu berpihak kpd aku sekali pun..Demi untuk melepaskan diri daripada hukuman Allah dgn rasa rendah dirinya aku memohon maaf dgn hamba Allah yg amat aku kasihi ini..demi menjaga ukhwah yg telah lama terbina.

"Usah pertahankan kemenangan yg ada kalau itu melukakan hati seseorang..dan muhasabah diri itu penting dalam melayari kehidupan yg penuh dgn cabaran dan dugaan ini..jgn sesekali bergembira diatas kelemahan org lain.."

Aku..tidak pernah lupa segala jasa dan pengorbanan beliau terhadapku..
"kak, ikhlas itu milik Allah.." kata-kata ini aku kusemat dalam hati ini agar aku tidak lagi berfikiran negatif yg hanya tahu ungkitan demi ungkitan itu adalah tanda ketidakikhlasan seseorang yg pernah menabur jasa dan budi terhadap aku..hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya..aku hanya mampu cuba untuk jadi yg terbaik dan menjadi seorang sahabat yg sedia membantu serta sentiasa mencuba untuk menjaga hati orang yg disekelilingku.. Lumrah kehidupan seorang insan selalu terluka dan bersedih hati kerana kegagalan untuk membentuk dan membimbing diri agar tidak tersalah kata, perbuatan yg boleh melukakan org lain.
Aku..tidak akan sesekali meluahkan rasa hati walaupun tidak termampu menanggung beban kelukaan hati kepada sahabatku kerana aku tak mahu dgn meluahkan rasa tidak puas hati dgn seseorg kpd sahabat yg lain itu akn membuka keburukan org lain. Dan aku..sukar untuk mempertahankan diri aku walaupun buruk sangkaan org terhadap aku. Luahan hati aku hanya sekadar kiasan yg mampu aku luahkan. Jika benar-benar rasa tidak larat menanggung kesedihan hanya ibu dan ayah tempat aku mengadu dan hanya mereka punca kekuatan dan semangat...
"Pandang dengan mata hati,nilai dan perbaiki kekurangan dan kelemahan diri terlebih dahulu, dan jgn hanya tahu melihat kesilapan dan kelemahan orang lain..dan ubat segala kegelisahan hati baca al-Quran, mohon ketenangan daripada Allah"~abah



0 comments: