Bismillahirrahmanirrahim...
Apa itu cinta? Ada apa dengan
cinta? Adakah kita tahu ini semua sebelum kita rancak menyemai cinta? Cinta
adalah anugerah Allah. Cinta adalah satu fitrah yang ada di dalam hati setiap
manusia. Allah anugerahkan cinta bukan hanya untuk disemai dan diserahkan hanya kepada manusia, juga kepada makhluknya
yang lain, binatang. Dan yang lebih penting..Allah kurniakan perasaan cinta itu kepada kita adalah untuk
kita serahkan hati kita untuk bercinta denganNYA. Agar kita tahu..yang kita
punyai Pencipta..agar kita tahu apakah tujuan kita sebenar lahir ke dunia ini.
Hidup kita disini hanyalah satu pinjaman sementara kita mempertingkatkan iman
dan mengumpul pahala daripada amalan sebagai bekalan menuju ke alam akhirat
yang kekal.
“Dan tanpa
cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti,
sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan
mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri
kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap”.
Cinta sesama manusia. Cinta adam
vs hawa.
Ada seorang sahabat bertanya
kepadaku..”Cita-cita awak nak kahwin dengan lelaki yang macam mane?”
Impian setiap insan..mahukan yang
terbaik walaupun diri dalam kekurangan.
Mungkin bagi lelaki, mereka
inginkan isteri yang solehah sebagai peneman untuk mengharungi jalan ke akhirat
kelak. Begitu juga wanita..ada cita-cita mahukan suami yang soleh. Akan tetapi
jika kita impikan yang sedemikian..adakah cita-cita ini dapat dicapai dengan
hanya duduk berdiam diri begini? Untuk mendapatkan yang sebaik itu wajarlah
kita mendidik dan memantapkan diri untuk menjadi yang selayak itu. Pintu taubat
Allah terbuka luas kepada setiap hambaNya yang di dalam kegelapan. Jangan
dipandang sesuatu yang lepas, mulakan langkah baru untuk hari esok.
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk
lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-
perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk)
yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan
beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” an-Nur: 26
Tidak semestinya seseorang yang
baik itu lahir daripada acuan yang baik. Dan tidak semestinya seseorang yang
terbentuk dengan acuan yang tidak baik (jahat) itu mereka tidak berupaya
membentuk diri untuk menjadi yang baik. Maka berubahlah..kita mampu menjadi
yang baik..mampu mendapatkan yang baik dengan syarat keluar dari
kegelapan..berubah menjadi yang terbaik..Setiap perjalanan hidup kita semuanya
telah tertulis..dan sekiranya yang hitam itu ada untuk kita, kita masih lagi
mampu mengubahnya. Kita berupaya memilihnya. Cahaya pahala atau kelam dosa. Itu
janji Allah. Maka yakinlah..berusaha menjadi yang terbaik pada pandangan Allah.
Dan ingat..tiada siapa yang dapat mengubah nasib seseorang itu melainkan kita
sendiri yang mengubahnya.
“Dan Allah tidak pandang
seseorang hamba itu melalui kesilapan masa silam mereka. Allah pandang
bagaimana kita membentuk diri untuk jadi yang terbaik pada masa hadapan”.
Jika adanya cinta maka terlahirlah rindu.
Rindu itu ialah
cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga diikuti dengan kehinaan.
“adalah
orang-orang yang memendam kerinduan baik lelaki mahupun perempuan, dengan tetap
menjaga kehormatan dan menyembunyikan kerinduannya sebab dia tidak mampu untuk
mendapatkan apa yang dirindukannya dan bersabar atasnya sampai mati kerana
kerinduan tersebut, maka dia mendapatkan pahala syahid di akhirat.”
Sama-samalah kita..jangan lahirkan rindu itu dengan kehinaan.
Rindu buat ibu ayah dapat pahala..huhu nanti rindu kat suami bertambah-tambah
pahala. Rindu kepada yang berhak. InsyaAllah.
^_^
Dan
bawalah hatimu kepada tuhan..sesungguhnya ku tak mampu untuk memberi cinta
itu..sejujurnya cintaku kepada Maha Pencipta masih lagi goyah walaupun telah
lama tersemai dan disiram dengan rasa takwa..cintaku kepada kekasih Allah iaitu
Rasulullah SAW juga belum terjalin dengan seeratnya..cintaku buat ayah ibu yang
sentiasa berbunga dan harum mewangi aromanya masih juga tidak cukup.
Disaatku
menikmati haruman cinta yang agung ini..aku yakin bahawa cinta buat lelaki yang
bergelar suami itu akan muncul. Akan tetapi bukan pada masa ini kerana diri ini
masih belum bersedia. dan ku juga masih tidak mampu untuk menjaga hati seseorang bahkan hati sendiri belum terjaga. Begitu berat tanggungjawab akan dipikul oleh insan yang
bergelar isteri. Dan sekiranya hadirnya
cinta itu..akan ku terima dengan hati yang ikhlas..dengan harapan beliau itu
seseorang yang boleh menjadi pembimbing diri ini ke jalan akhirat, yang boleh
menjadi penawar dikala hati berduka, penghembus kata-kata semangat. Dan yang
bisa membahagiakan ibu ayah...insyaAllah.
Ya
Allah.. Kurniakan aku insan yang jelas..jelas yang akan menjadi teman dalam
meneruskan sisa hidup di dunia dan sebagai penyuluh jalanku ke ahirat
kelak. Amin..^_^
Bersabar..yang jelas itu akan muncul jua. Takdir Allah
adalah yang terbaik untuk hambaNYA..walau siapapun beliau, akan ku terima dengan
hati yang ikhlas.
Sedang kini ku sudah mampu berfikir. Muhasabah cintaku~
Sedang kini ku sudah mampu berfikir. Muhasabah cintaku~