Thursday, August 11, 2011

Rindu Masa Lalu...

Saat bersama keluarga yg amat kurindui...Nenek, Abah, Umie, Abg, Kakak, Sya', Abg Man, dan Adik Hajar...rindu sangat2..YA ALLAH! kuatkan semangatku demi mereka..
detik bersama mereka tak akn kulupakan..waktu kecil2 dulu (abg n kakak) kami bermain sama2, makan sama2, pegi skul sama2..kalau salah seorang daripd kami takde mesti masing2 bersedih.. Tapi sekarang dah berbeza..masing2 mengejar impian untuk tunaikan harapan umie n abah..
Dan aku terpaksa berjauhan dari mereka demi untuk teruskan perjuaganku demi keluarga agar nnt dapat aku berbakti kepada mereka..Mereka adalah sebahagian daripada nyawaku dan sentiasa membuat aku tertawa dan bersemangat. Abang, adalah seorang abg yg penyayang. Time aku nangis dan sedih, abg memainkan peranan selepas dari abah. Kakak dan Sya', tempat aku berkongsi cerita bergelak tawa. Kadang2 ada jugak kami bergaduh, tp kejap jer..hehe
Dan abg man nie yg banyak sangat kerenah ngan aku..macam budak2 lak aku nie..selalu jer cari gaduh ngan dia..Othman Ali, seorang yg garang dan manja. Pukul kakak dia berani..bila kat skul dia yg kena buli..Oh! adik syg nie..mmg perangai kakak dia nie..hahaha selalu je buat adik dia naik angin..aku mmg suka buat dia marah..yg paling best bila dia kena marah kat abah n umie..haha aku yg paling hepi..tp kejap jer aku lak yg nangis..kenapa?? Othman Ali syg dtg "terkam" haha..sakit dia pukul..dgn penuh perasaan dia pkul org.. Dan aku amat bersyukur sangat2 bila abg man nie selamat daripada xcident. Dan ucapan takziah kepada Allahyarham Fakrul yg meninggal dunia akibat dripd xcident bersama adik aku nie..bergenggamkan duit RM10 yg diberi oleh ibunya Fakrul bermandi darah akibat melanggar adik dgn motor yg dipandunya ketika dalam perjalanan untuk ke politeknik. Allahyarham juga sempat memohon maaf daripada ibu, nenek dan sume ahli keluarga sebelum keluar dari rumah dan berpesan bahawa beliau tak akan balik lagi. Semoga Allah SWT tempatkan beliau di syurga, ustaz fakrul...org yg baik selalu Allah syg..dan bawa beliau kembali kpdNYA lebih awal...Alhamdulillah Ya Allah..Engkau panjangkan umur adikku ini Ya Allah..iaitu panjang umurnya dalam iman dan takwa kepadaMu..
Adik Hajar pulak, adik bongsu..manja jugak..yg nie terlebih rajin nak pegi skul..pkul6.30 tu dah nangis2 nak pegi skul.. bila dapat no.1 dalam exam punyalah call akak dia mintak adiah..huhu..
hari itu..mentang2lah dah pindah umah dekatla dgn skul dia..mula dia buat perangai..ponteng kelas fardu-ain..Ya Allah budak nie...dia balik jalan kaki.. mula2 tu umie ingat dia balik dengan jiran sebelah..upenya balik jalan kaki..Then, kena marah sampai nangis2 tertido..huhu bukan ape..keadaan sekarang..bahaya..
Alhamdulillah..aku bersyukur padaMu Ya Allah..kami bahagia..kami hanya harapkan kesederhanaan..cukup hanya kami bahagia dan tak lupa kepadaMu Ya Allah..

Wednesday, July 13, 2011

Biarkan Ia Berlalu..

Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan kita. Astaghfirullah..Ampunkan aku..
"Bagi orang-orang yang waras. Kecundang masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan ataupun dikoyak dan dibakar seperti cebisan kertas agar luput dari ingatan, bukan diratap dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan."

Begitu susah untuk menjaga hati seorang kawan..dan begitu susah untuk merawat kelukaan hati sendiri..sesuatu perkara yang berlaku ternyata betul-betul sukar dilupakan. Betul, kesabaran seseorang ada batasnya juga dan kita sebagai insan perlu bijak mengawal emosi dan perasaan agar tidak hanyut dalam lautan kemarahan. Ya Allah..hapuskanlah marah ini dan bawalah ia pergi...dan aku perlu mengalah walaupun kebenaran itu berpihak kpd aku sekali pun..Demi untuk melepaskan diri daripada hukuman Allah dgn rasa rendah dirinya aku memohon maaf dgn hamba Allah yg amat aku kasihi ini..demi menjaga ukhwah yg telah lama terbina.

"Usah pertahankan kemenangan yg ada kalau itu melukakan hati seseorang..dan muhasabah diri itu penting dalam melayari kehidupan yg penuh dgn cabaran dan dugaan ini..jgn sesekali bergembira diatas kelemahan org lain.."

Aku..tidak pernah lupa segala jasa dan pengorbanan beliau terhadapku..
"kak, ikhlas itu milik Allah.." kata-kata ini aku kusemat dalam hati ini agar aku tidak lagi berfikiran negatif yg hanya tahu ungkitan demi ungkitan itu adalah tanda ketidakikhlasan seseorang yg pernah menabur jasa dan budi terhadap aku..hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya..aku hanya mampu cuba untuk jadi yg terbaik dan menjadi seorang sahabat yg sedia membantu serta sentiasa mencuba untuk menjaga hati orang yg disekelilingku.. Lumrah kehidupan seorang insan selalu terluka dan bersedih hati kerana kegagalan untuk membentuk dan membimbing diri agar tidak tersalah kata, perbuatan yg boleh melukakan org lain.
Aku..tidak akan sesekali meluahkan rasa hati walaupun tidak termampu menanggung beban kelukaan hati kepada sahabatku kerana aku tak mahu dgn meluahkan rasa tidak puas hati dgn seseorg kpd sahabat yg lain itu akn membuka keburukan org lain. Dan aku..sukar untuk mempertahankan diri aku walaupun buruk sangkaan org terhadap aku. Luahan hati aku hanya sekadar kiasan yg mampu aku luahkan. Jika benar-benar rasa tidak larat menanggung kesedihan hanya ibu dan ayah tempat aku mengadu dan hanya mereka punca kekuatan dan semangat...
"Pandang dengan mata hati,nilai dan perbaiki kekurangan dan kelemahan diri terlebih dahulu, dan jgn hanya tahu melihat kesilapan dan kelemahan orang lain..dan ubat segala kegelisahan hati baca al-Quran, mohon ketenangan daripada Allah"~abah



Thursday, July 7, 2011

Mungkin Kenangan Manis Bagi Kamu..

Mungkin itu kenangan manis bagi kamu, tapi kenangan pahit bagi aku..kerana aku hanya rasa sume tu.. Pelbagai rasa yang hadir dalam diri ini..hambar,.sedih, sesal..Ya Allah! aku perlu kuat..

Tak tenilai segala pertolongan kamu wahai sahabat, segala kesusahan itu kita hadapinya bersama..mengeratkan lagi ukhwah fillah kita. Tapi wahai sahabat, itu hanya bagi kamu manis..tapi itu adalah pahit bagi aku..sukar untuk aku lupakan.. ingatan terhadap tu terlalu mendera perasaan aku..sungguh aku terseksa..terseksa dengan perasaan malu antara kita semua sesama sahabat.. Dan kerana aku juga salah seorang sahabat kita turut mendapat ujian dariNYA.. Dia juga sama-sam jatuh dalah arus kesakitan yang diuji oleh Allah.. Wahai sahabat, sesungguhnya apa yg berlaku itu pasti ada hikmahnya..membawa aku kepada lebih berhati-hati dan semua itu juga hanya untuk menguji kekuatan kita dalam persahabatan..pertolongan kalian membuktikan betapa sayangnya kamu terhadap diriku..

sahabat 1: itu adalah kenangan yang termanis bersama sahabat2 semua.
sahabat 2: best apa macam 1 family
sahabat3: kamu perlu kuat kalau tak mahu menyusahkan kami lagi..dan ingat kami syg kamu.

Ya Allah kuatkan aku.....agar dapat aku menebus segala jasa baik mereka. Sungguh! aku rasa bersalah..nak dikesalkan dengan kejadian itu..aku tak kan sesalkan kerana sesalan itu hanya bisikan syaitan yang sesat menyesatkan..Engkau telah aturkan hidup ini dengan begitu sempurna..InsyaAllah pasti ada hikmahnya...Alhamdulillah Ya Allah.......

Saturday, July 2, 2011

Kembali Dengan Satu Tekad

Alhamdulillah, kekuatan dan kesedaran telah terpahat dalam diri. Tika kita dalam kesedihan atau kesusahan Allah juga bersama kita. Petang ni aku akan kembali..kembali untuk teruskan impianku demi harapan seorang ayah dan ibu. Walaupun berat hati ini, kekuatan harus dicari demi mereka. Tak sanggup menghancurkan harapan mereka, titisan air mata mereka amat berhargai.
Seorang ayah, akan menunaikan apa saja permintaan anak walaupun apa jua cara sekali pun.

"Ayah, saya tak ada duit sekarang untuk bayar yuran sekolah",rintih seorang anak kpd bapanya.
"Nak, tak apa..nanti ayah esok ayah bagi"..

Itulah jawapan yg kita selalu dgr dari seorang ayah..walaupun tak punya wang..seorang ayah akan berusaha untuk penuhi segala permintaan anak walau terpaksa menebalkan muka untuk pinjam duit daripada kawan ataupun sanggup menggadaikan barangan. Sungguh murni pengorbanan seorang ayah. Begitu juga seorang ibu..tak pernah puas mencurahkan kasih sayang terhadap anaknya..walau anak sudah besar dan sudah lepas dari tanggungan. Ayah dan ibu tidak pernah merehatkan diri dari memikirkan anak-anak, mereka tidak pernah lepas dari menanggung kerisauan terhadap anaknya. Ya Allah, sungguh mulia jasa ibu dan ayah..........

Oleh itu, aku perlu kuat demi mereka. Sakit hanya dugaan. sakit tak semestinya aku perlu mengalah. Ya Allah, walau cerianya suara mereka menghembuskan kata-kata semangat kepadaku..aku tahu dari riak wajah mereka tersembunyi sebak yg tidak tertanggung...
Ya Allah semoga semangatku, kekuatanku dalam keredhaanMU.. Hidupku hanya bergantung padaMU, peliharalah aku dari bisikan syaitan yang sesat menyesatkan..agar aku dapat teruskan hidup di dunia ini sebagai hambaMu yg taat...
Dan Ya Allah, berikan aku kekuatan dan keazaman yang baru untuk melangkah ke tempat itu bagi menuntut ilmu dan menjalankan tugas sebagai seorang hamba yang taat, tugas sebagai seorang anak yg solehah kpd ibu dan ayah, tugas sebagai seorang pelajar, tugas sebagai sahabat kepada teman2ku dalam mencapai keredhaanMU......semoga hidup dan matiku dalam ketaatan kepada MU..Ya Rahman, Ya Rahim......Amin


* .:。✿*゚ ‘゚*Alhamdulillah Ya Allah*゚ ‘゚✿:。.:*

Thursday, June 30, 2011

Alhamdulillah Ya Allah..







"dan ingatlah..ketika kita susah,ditimpa bencana..kepada Allah juga kita kembali dan tika kita lemah ..jadikan ALLAH sebagai tempat untuk meluahkan rasa..Walau apa pun rasa pedih yang kita rasa..hanya Allah yang tahu..begitu perit penderitaan yang ditanggung..Allah juga Yang Maha Mengetahui...
semuanya hanya Kamu dengan Allah....Tuhan Yang Maha Penyayang dan Maha Pendengar setiap rintihan hambaNya.."


"jika kita rasa berputus harap dan lemah ingatlah Allah selalu ada untuk kita,,Dia tak pernah jemu bersama kita,sebaliknya manusia lah yang selalunya tanpa sedar lupa akan kewujudanNya pada setiap saat bersama kita,,
Allah s.w.t melarang kita dari berputus asa. Allah menyatakan dengan jelas dalam Al-Quran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara"

"Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi..
biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai..
biarkan kegelisahan lenyap, jagan kita hilang semangat..
biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan menjana semula..
biarkan diri ini menderita, agara aku tahu kepahitan derita ini..
agar aku sedar kesengsaraan ini..
tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah saw.
Tuhan tidak sesekali menzalimi hamba-Nya
tapi manusia yg menzaalimi diri mereka sendiri..
cahaya kelam pahala dosa..berupaya memilihnya..
walau kadang kala tersasar lantaran pautan rasa nafsu..
namun peluang dari-Nya sentiasa ada..
namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi..
diturunkan ad-din menperhalusi akal..
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak..
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti..
menjadi sebaik-baik umat tunduk sebagai hamba,
berjalan sebagai khalifah..
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata"IMAN"
meyemai sepohon "TAQWA"
agar dapat berteduh dari kepanasan "NAFSU"
agar dapat berlindung dari angin hasutan "SYAITAN"
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH SWT"............"


* .:。✿*゚ ‘゚*Alhamdulillah Ya Allah*゚ ‘゚✿:。.:*

Wednesday, June 29, 2011

Astaghfirullah.......Ya Allah,kenapa aku lemah??

Ya Allah,syaitan menguasai aku...yg membuatku patah semangat,putus asa....aku tak sedar bahawa ujian dariMu itu adalah tanda Engkau amat menyayangiku......rasa sakit yg menghapus segala dosa-dosa kecilku... Jauhilah aku dari putus asa Ya Allah..jauhilah aku dari berfikiran sempit,jauhilah aku dari gangguan emosi.. Kerana aku..kawan2ku jd mangsa.. mangsa dalam masalah aku..aku yg buat mereka sedih..terlalu menyusahkan..