Saturday, May 18, 2013

Cinta itu

Bismillahirrahmanirrahim...

Apa itu cinta? Ada apa dengan cinta? Adakah kita tahu ini semua sebelum kita rancak menyemai cinta? Cinta adalah anugerah Allah. Cinta adalah satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Allah anugerahkan cinta bukan hanya untuk disemai dan diserahkan  hanya kepada manusia, juga kepada makhluknya yang lain, binatang. Dan yang lebih penting..Allah kurniakan  perasaan cinta itu kepada kita adalah untuk kita serahkan hati kita untuk bercinta denganNYA. Agar kita tahu..yang kita punyai Pencipta..agar kita tahu apakah tujuan kita sebenar lahir ke dunia ini. Hidup kita disini hanyalah satu pinjaman sementara kita mempertingkatkan iman dan mengumpul pahala daripada amalan sebagai bekalan menuju ke alam akhirat yang kekal.


“Dan tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap”.


Cinta sesama manusia. Cinta adam vs hawa.


Ada seorang sahabat bertanya kepadaku..”Cita-cita awak nak kahwin dengan lelaki yang macam mane?”
Impian setiap insan..mahukan yang terbaik walaupun diri dalam kekurangan.
Mungkin bagi lelaki, mereka inginkan isteri yang solehah sebagai peneman untuk mengharungi jalan ke akhirat kelak. Begitu juga wanita..ada cita-cita mahukan suami yang soleh. Akan tetapi jika kita impikan yang sedemikian..adakah cita-cita ini dapat dicapai dengan hanya duduk berdiam diri begini? Untuk mendapatkan yang sebaik itu wajarlah kita mendidik dan memantapkan diri untuk menjadi yang selayak itu. Pintu taubat Allah terbuka luas kepada setiap hambaNya yang di dalam kegelapan. Jangan dipandang sesuatu yang lepas, mulakan langkah baru untuk hari esok.

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” an-Nur: 26

Tidak semestinya seseorang yang baik itu lahir daripada acuan yang baik. Dan tidak semestinya seseorang yang terbentuk dengan acuan yang tidak baik (jahat) itu mereka tidak berupaya membentuk diri untuk menjadi yang baik. Maka berubahlah..kita mampu menjadi yang baik..mampu mendapatkan yang baik dengan syarat keluar dari kegelapan..berubah menjadi yang terbaik..Setiap perjalanan hidup kita semuanya telah tertulis..dan sekiranya yang hitam itu ada untuk kita, kita masih lagi mampu mengubahnya. Kita berupaya memilihnya. Cahaya pahala atau kelam dosa. Itu janji Allah. Maka yakinlah..berusaha menjadi yang terbaik pada pandangan Allah. Dan ingat..tiada siapa yang dapat mengubah nasib seseorang itu melainkan kita sendiri yang mengubahnya.
“Dan Allah tidak pandang seseorang hamba itu melalui kesilapan masa silam mereka. Allah pandang bagaimana kita membentuk diri untuk jadi yang terbaik pada masa hadapan”.


Jika adanya cinta maka terlahirlah rindu.


Rindu itu ialah cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga diikuti dengan kehinaan.

“adalah orang-orang yang memendam kerinduan baik lelaki mahupun perempuan, dengan tetap menjaga kehormatan dan menyembunyikan kerinduannya sebab dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang dirindukannya dan bersabar atasnya sampai mati kerana kerinduan tersebut, maka dia mendapatkan pahala syahid di akhirat.

Sama-samalah kita..jangan lahirkan rindu itu dengan kehinaan. Rindu buat ibu ayah dapat pahala..huhu nanti rindu kat suami bertambah-tambah pahala.  Rindu kepada yang berhak. InsyaAllah. ^_^

Dan bawalah hatimu kepada tuhan..sesungguhnya ku tak mampu untuk memberi cinta itu..sejujurnya cintaku kepada Maha Pencipta masih lagi goyah walaupun telah lama tersemai dan disiram dengan rasa takwa..cintaku kepada kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW juga belum terjalin dengan seeratnya..cintaku buat ayah ibu yang sentiasa berbunga dan harum mewangi aromanya masih juga tidak cukup.

Disaatku menikmati haruman cinta yang agung ini..aku yakin bahawa cinta buat lelaki yang bergelar suami itu akan muncul. Akan tetapi bukan pada masa ini kerana diri ini masih belum bersedia.  dan ku juga masih tidak mampu untuk menjaga hati seseorang bahkan hati sendiri belum terjaga. Begitu berat tanggungjawab akan dipikul oleh insan yang bergelar isteri. Dan sekiranya hadirnya cinta itu..akan ku terima dengan hati yang ikhlas..dengan harapan beliau itu seseorang yang boleh menjadi pembimbing diri ini ke jalan akhirat, yang boleh menjadi penawar dikala hati berduka, penghembus kata-kata semangat. Dan yang bisa membahagiakan ibu ayah...insyaAllah.

Ya Allah.. Kurniakan aku insan yang jelas..jelas yang akan menjadi teman dalam meneruskan sisa hidup di dunia dan sebagai penyuluh jalanku ke ahirat kelak.  Amin..^_^

Bersabar..yang  jelas itu akan muncul jua. Takdir Allah adalah yang terbaik untuk hambaNYA..walau siapapun beliau, akan ku terima dengan hati yang ikhlas.

Sedang kini ku sudah mampu berfikir. Muhasabah cintaku~


Tuesday, May 7, 2013

Pengorbananmu Dalam Diam

Bismillahirrahmanirrahim..
"Ya Allah Ya tuhanku..Engkau Lindungilah Ayahku..berikanlah beliau kekuatan dalam menghadapi segala ujian dariMU. Kurniakanlah kesejahteraan hidup buatnya. Ampunkanlah segala dosa-dosa beliau. Lindungilah seluruh ahli keluargaku". Amin.

Pengorbanan seorang ayah tidak ternilai..kasihnya dalam diam. 
Beliau tidak pernah sesekali merungut dan tidak pernah melepaskan keluhan. Lenanya masih tidak lepas dari mengingati anak-anak walaupun anak sudah besar meningkat dewasa. Dan diwaktu kecil kita..ayah teman bermain..apabila pertama kali kita melangkah kaki ke sekolah.. ayah tersenyum tanda bersyukur kerana anaknya semakin besar. dan apabila kita mula melangkah ke universiti..ayah bangga dengan kita serta tidak lepas dari berfikir adakah kursus yg kita pelajari itu sesuai ke tak dgn kita..dan sehinggalah kita berjaya mendapat segulung ijazah.. kita dewasa, kita sudah berumah tangga sekalipun..ayah dan ibu tidak pernah berehat dari memikirkan apa yang terbaik buat kita. hargailah beliau.

wahai yang bergelar anak..cuba selami hati ayah..fahami beliau. betapa penatnya beliau melayan kerenah kita tika kita kecil sampailah sekarang. Genggamlah tangan beliau..renung pada tangannya..kini sudah terlihat garis-garis tua yang kian kelihatan..tangan yang gusar dan kasar yang memerah keringat untuk mencari rezeki untuk anak-anak. Jika tidak begitu..cuba lihat dan renunglah dengan mata hati..rambutnya yang kian tampak keputihan dipenuhi uban dimakan masa ataupun semakin licin kepalanya kerana kuat berfikir. semua itu hanyalah kerana anak. Demi mencari kesenangan untuk anak-anak. 

~
"AYAH benar-benar gembira bila berjaya membantumu tapi ia sukar meminta bantuan...
AYAH mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu, tapi ia membantu kamu mencarinya...


AYAH berasa dihargai ketika dia melihatmu melakukan sesuatu persis seperti caranya….

AYAH lebih bangga dengan prestasimu, daripada prestasinya sendiri…

AYAH hanya akan bersalam denganmu ketika pertama kali kamu meningalkan rumah, keranana kalau dia sampai memelukmu mungkin ia tidak akan melepaskannya.


AYAH akan melupakan apa yang ia inginkan, untuk memenuhi apa yang kamu inginkan…

AYAH tidak cuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya cuba melakukan yang terbaik…untukmu!

Dan terpenting adalah… AYAH tidak pernah menghalangimu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintaimu karenaNya." 

by Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ~


To king of my heart..ABAH
Alhamdulillah..ku masih adamu..
ku renung jauh ke matamu..disitu aku mendapat sinar cahaya dan kekuatan dikala diri ini tersungkur dan tak mampu menghadapi dugaan hidup. Abah hadir dalam diri ini sebagai sumber kekuatan. Nasihatmu yang selalu mengingatkan aku akan Maha Pencipta. "banyak-banyak berselawat..baca Al-Quran..supaya hati menjadi tenang, jgn nak menangis tak tentu arah. Ada Allah disisi kita"
Abah..walaupun banyak perbuatanku yg mengguris hatimu..dirimu masih lagi tersenyum..Pada wajahmu yang ceria..aku tahu terselit perasaan sedih. Rindu terhadapmu amat mendera diri ini. walaupun sayangmu tak terucap..namun ku tahu sayang mu terukir dengan perbuatan, pengorbanan dan bantuanmu dikala aku kesusahan..Abah, i love u..


P/s: wahai sahabat2 sekalian..sama2lah kita berusaha menjaga hati dan perasaan ibu dan ayah. jangan pernah melukakan hati dan perasaan beliau. Dalam doa setiap kali usainya solat..paling sikit..selitlah sebaris doa buat beliau. kasih ayah dan ibu tidak terbalas.. fahami beliau disaat ini kerana sekarang kita sudah mampu berfikir.. Sucinya cinta buat ayah dan ibu.

Tutup mata buat seketika..biarkan hati dan jiwa berjalan pulang ke rumah..melangkahlah kita masuk ke dalam rumah..berjalan mencari bilik ibu ayah..dan lihat adakah pada waktu ini beliau sedang dibuai mimpi? ataupun masih meletakkan tangan ke dahi sedang mengingati kita dan segunung kerisauan beliau buat kita..Sekiranya beliau dalam lena..lena beliau itu dalam ketenangan atau tidak..renung pada wajah beliau..tataplah wajah beliau ketika tidur..hanyatilah setiap nafas dengkuran beliau..disitu kita dapat tahu..beliau kepenatan..beliau kerisauan..Lenanya tidak pernah lepas dari memikirkan  anak-anak....
Hargailah beliau!

Bismillahirrahmanirrahim..
"Ya Allah..berikanlah kami hidayahMU..Kurniakan kami ketenangan hati, kekuatan akal yang mampu berfikir apakah yang baik dan buruk. Agar kami mampu menjaga hati kedua ibu bapa kami. jauhila kami dari melemparkan kata-kata yang bisa mengguris hati beliau dan perbuatan yang mengecewakan beliau..Ya Allah..jadikanlah kami seorang anak yang soleh dan solehah buat kedua ibu dan ayah agar ia menjadi penawar di akhirat kelak." Amin..

~ Sama-samalah kita~ (^_^)


Thursday, May 2, 2013

Cinta Sampaiku Menutup Mata

Setelah sekian lama..kini Huda kembali dengan azam baru. dan setelah sekian lama tidak meluahkan rasa dekat blog..huhu. Hidup ini sungguh indah. Alhamdulillah sekarang ini saya semakin sihat dan sihat. Terima kasih Ya Allah. Mungkin ini berkat kesabaran saya. huhu. Berpantang selama berbulan-bulan. Mula2 agak susah..lama-lama dah terbiasa. Bak kata abah, jgn degil2..kan dah besar. "tiada siapa boleh ubah diri kita melainkan kita sendiri, sakit..mmg benarla sakit..tp usaha diperlukan untuk pulih" (^_^) 
Kadang-kadang rasa sakit tu menyerang diri ini..tp tak sekuat dlu. tak macam dlu yg selalu kat hospital je. setiap bulan mesti mengadap muka pakcik, makcik, kakak dan abg doktor. hehe
ok.dah. end of story about sakit. :) 

Allah turunkan hujan..kita basah kunyup..kita sedih dan menangis dan Allah kurniakan pelangi selepas hujan. Kita gembira. tersenyum bahagia. kerana cantiknya cahaya dan keindahan pelangi itu. tetapi kita harus ingat, dalam kegembiraan itu jgnlah kita lupa akan pemberian Allah itu tanda Allah inginkan kita sentiasa bersyukur dan tak lupa akanNYA dalam susah mahupun senang. Alhamdulillah.

Cinta Sampaiku Menutup Mata ~
Ya Allah..cinta yang agung ini hanya untukMU, untuk kekasihMU Rasulullah SAW, cinta buat ibu bapaku, untuk keluargaku dan juga untuk sahabatku dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Dan..peliharalah aku dari mencintai yang haram bagiku. Engkau kurniakan kebahagiaan kepadaku. Kurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa menyanyangiku sepenuh hati. Dan bawalah hatinya kepada MU sebelum Engkau dekatkan hatinya dengan hatiku.  

p/s : Wahai teman-teman seperjuanganku..terima kasih kerana tidak pernah putus memberika kata-kata semangat. dalam perjalanan hidup ini aku tersungkur, lemah dan jatuh, kamu semua yang hadir dan datang untuk menghulurkan bantuan, nasihat, dan kata-kata semangat. Sungguh agung kurniaanMu Ya Allah..aku dikurniakan sahabat yang sentiasa disisiku dan sahabat yg bila ku ditimpa kesusahan , dikalaku tidak mengerti apa itu erti hidup, beliau semua datang memberi aku erti itu dan juga menghapus air mata.

dan wahai teman, pada masa yang sama, jika diri ini hadir hanya untuk menyakitimu dalam jelas mahupun kabur. maaf darimu yg kupinta. kadang-kadang dalam menjalinkan ukhwah ada yang terguris hati. walaupun dirimu mampu tersenyum manis lagi buatku. Maafkan saya miss, puan, pakcik, atok dan encik2 sahabat sume. hahaha 

merapu-rapu rasanye..akhir kata. cintaku buat semua yg tersayang. insyaAllah, smpaiku menutup mata. Ukhwah itu sampai ke alam akhirat. InsyaAllah. 

~ Semoga kalian semua dirahmati dan diberkati Allah SWT ~