Wednesday, July 13, 2011

Biarkan Ia Berlalu..

Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan kita. Astaghfirullah..Ampunkan aku..
"Bagi orang-orang yang waras. Kecundang masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan ataupun dikoyak dan dibakar seperti cebisan kertas agar luput dari ingatan, bukan diratap dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan."

Begitu susah untuk menjaga hati seorang kawan..dan begitu susah untuk merawat kelukaan hati sendiri..sesuatu perkara yang berlaku ternyata betul-betul sukar dilupakan. Betul, kesabaran seseorang ada batasnya juga dan kita sebagai insan perlu bijak mengawal emosi dan perasaan agar tidak hanyut dalam lautan kemarahan. Ya Allah..hapuskanlah marah ini dan bawalah ia pergi...dan aku perlu mengalah walaupun kebenaran itu berpihak kpd aku sekali pun..Demi untuk melepaskan diri daripada hukuman Allah dgn rasa rendah dirinya aku memohon maaf dgn hamba Allah yg amat aku kasihi ini..demi menjaga ukhwah yg telah lama terbina.

"Usah pertahankan kemenangan yg ada kalau itu melukakan hati seseorang..dan muhasabah diri itu penting dalam melayari kehidupan yg penuh dgn cabaran dan dugaan ini..jgn sesekali bergembira diatas kelemahan org lain.."

Aku..tidak pernah lupa segala jasa dan pengorbanan beliau terhadapku..
"kak, ikhlas itu milik Allah.." kata-kata ini aku kusemat dalam hati ini agar aku tidak lagi berfikiran negatif yg hanya tahu ungkitan demi ungkitan itu adalah tanda ketidakikhlasan seseorang yg pernah menabur jasa dan budi terhadap aku..hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya..aku hanya mampu cuba untuk jadi yg terbaik dan menjadi seorang sahabat yg sedia membantu serta sentiasa mencuba untuk menjaga hati orang yg disekelilingku.. Lumrah kehidupan seorang insan selalu terluka dan bersedih hati kerana kegagalan untuk membentuk dan membimbing diri agar tidak tersalah kata, perbuatan yg boleh melukakan org lain.
Aku..tidak akan sesekali meluahkan rasa hati walaupun tidak termampu menanggung beban kelukaan hati kepada sahabatku kerana aku tak mahu dgn meluahkan rasa tidak puas hati dgn seseorg kpd sahabat yg lain itu akn membuka keburukan org lain. Dan aku..sukar untuk mempertahankan diri aku walaupun buruk sangkaan org terhadap aku. Luahan hati aku hanya sekadar kiasan yg mampu aku luahkan. Jika benar-benar rasa tidak larat menanggung kesedihan hanya ibu dan ayah tempat aku mengadu dan hanya mereka punca kekuatan dan semangat...
"Pandang dengan mata hati,nilai dan perbaiki kekurangan dan kelemahan diri terlebih dahulu, dan jgn hanya tahu melihat kesilapan dan kelemahan orang lain..dan ubat segala kegelisahan hati baca al-Quran, mohon ketenangan daripada Allah"~abah



Thursday, July 7, 2011

Mungkin Kenangan Manis Bagi Kamu..

Mungkin itu kenangan manis bagi kamu, tapi kenangan pahit bagi aku..kerana aku hanya rasa sume tu.. Pelbagai rasa yang hadir dalam diri ini..hambar,.sedih, sesal..Ya Allah! aku perlu kuat..

Tak tenilai segala pertolongan kamu wahai sahabat, segala kesusahan itu kita hadapinya bersama..mengeratkan lagi ukhwah fillah kita. Tapi wahai sahabat, itu hanya bagi kamu manis..tapi itu adalah pahit bagi aku..sukar untuk aku lupakan.. ingatan terhadap tu terlalu mendera perasaan aku..sungguh aku terseksa..terseksa dengan perasaan malu antara kita semua sesama sahabat.. Dan kerana aku juga salah seorang sahabat kita turut mendapat ujian dariNYA.. Dia juga sama-sam jatuh dalah arus kesakitan yang diuji oleh Allah.. Wahai sahabat, sesungguhnya apa yg berlaku itu pasti ada hikmahnya..membawa aku kepada lebih berhati-hati dan semua itu juga hanya untuk menguji kekuatan kita dalam persahabatan..pertolongan kalian membuktikan betapa sayangnya kamu terhadap diriku..

sahabat 1: itu adalah kenangan yang termanis bersama sahabat2 semua.
sahabat 2: best apa macam 1 family
sahabat3: kamu perlu kuat kalau tak mahu menyusahkan kami lagi..dan ingat kami syg kamu.

Ya Allah kuatkan aku.....agar dapat aku menebus segala jasa baik mereka. Sungguh! aku rasa bersalah..nak dikesalkan dengan kejadian itu..aku tak kan sesalkan kerana sesalan itu hanya bisikan syaitan yang sesat menyesatkan..Engkau telah aturkan hidup ini dengan begitu sempurna..InsyaAllah pasti ada hikmahnya...Alhamdulillah Ya Allah.......

Saturday, July 2, 2011

Kembali Dengan Satu Tekad

Alhamdulillah, kekuatan dan kesedaran telah terpahat dalam diri. Tika kita dalam kesedihan atau kesusahan Allah juga bersama kita. Petang ni aku akan kembali..kembali untuk teruskan impianku demi harapan seorang ayah dan ibu. Walaupun berat hati ini, kekuatan harus dicari demi mereka. Tak sanggup menghancurkan harapan mereka, titisan air mata mereka amat berhargai.
Seorang ayah, akan menunaikan apa saja permintaan anak walaupun apa jua cara sekali pun.

"Ayah, saya tak ada duit sekarang untuk bayar yuran sekolah",rintih seorang anak kpd bapanya.
"Nak, tak apa..nanti ayah esok ayah bagi"..

Itulah jawapan yg kita selalu dgr dari seorang ayah..walaupun tak punya wang..seorang ayah akan berusaha untuk penuhi segala permintaan anak walau terpaksa menebalkan muka untuk pinjam duit daripada kawan ataupun sanggup menggadaikan barangan. Sungguh murni pengorbanan seorang ayah. Begitu juga seorang ibu..tak pernah puas mencurahkan kasih sayang terhadap anaknya..walau anak sudah besar dan sudah lepas dari tanggungan. Ayah dan ibu tidak pernah merehatkan diri dari memikirkan anak-anak, mereka tidak pernah lepas dari menanggung kerisauan terhadap anaknya. Ya Allah, sungguh mulia jasa ibu dan ayah..........

Oleh itu, aku perlu kuat demi mereka. Sakit hanya dugaan. sakit tak semestinya aku perlu mengalah. Ya Allah, walau cerianya suara mereka menghembuskan kata-kata semangat kepadaku..aku tahu dari riak wajah mereka tersembunyi sebak yg tidak tertanggung...
Ya Allah semoga semangatku, kekuatanku dalam keredhaanMU.. Hidupku hanya bergantung padaMU, peliharalah aku dari bisikan syaitan yang sesat menyesatkan..agar aku dapat teruskan hidup di dunia ini sebagai hambaMu yg taat...
Dan Ya Allah, berikan aku kekuatan dan keazaman yang baru untuk melangkah ke tempat itu bagi menuntut ilmu dan menjalankan tugas sebagai seorang hamba yang taat, tugas sebagai seorang anak yg solehah kpd ibu dan ayah, tugas sebagai seorang pelajar, tugas sebagai sahabat kepada teman2ku dalam mencapai keredhaanMU......semoga hidup dan matiku dalam ketaatan kepada MU..Ya Rahman, Ya Rahim......Amin


* .:。✿*゚ ‘゚*Alhamdulillah Ya Allah*゚ ‘゚✿:。.:*