Saturday, May 18, 2013

Cinta itu

Bismillahirrahmanirrahim...

Apa itu cinta? Ada apa dengan cinta? Adakah kita tahu ini semua sebelum kita rancak menyemai cinta? Cinta adalah anugerah Allah. Cinta adalah satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Allah anugerahkan cinta bukan hanya untuk disemai dan diserahkan  hanya kepada manusia, juga kepada makhluknya yang lain, binatang. Dan yang lebih penting..Allah kurniakan  perasaan cinta itu kepada kita adalah untuk kita serahkan hati kita untuk bercinta denganNYA. Agar kita tahu..yang kita punyai Pencipta..agar kita tahu apakah tujuan kita sebenar lahir ke dunia ini. Hidup kita disini hanyalah satu pinjaman sementara kita mempertingkatkan iman dan mengumpul pahala daripada amalan sebagai bekalan menuju ke alam akhirat yang kekal.


“Dan tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap”.


Cinta sesama manusia. Cinta adam vs hawa.


Ada seorang sahabat bertanya kepadaku..”Cita-cita awak nak kahwin dengan lelaki yang macam mane?”
Impian setiap insan..mahukan yang terbaik walaupun diri dalam kekurangan.
Mungkin bagi lelaki, mereka inginkan isteri yang solehah sebagai peneman untuk mengharungi jalan ke akhirat kelak. Begitu juga wanita..ada cita-cita mahukan suami yang soleh. Akan tetapi jika kita impikan yang sedemikian..adakah cita-cita ini dapat dicapai dengan hanya duduk berdiam diri begini? Untuk mendapatkan yang sebaik itu wajarlah kita mendidik dan memantapkan diri untuk menjadi yang selayak itu. Pintu taubat Allah terbuka luas kepada setiap hambaNya yang di dalam kegelapan. Jangan dipandang sesuatu yang lepas, mulakan langkah baru untuk hari esok.

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” an-Nur: 26

Tidak semestinya seseorang yang baik itu lahir daripada acuan yang baik. Dan tidak semestinya seseorang yang terbentuk dengan acuan yang tidak baik (jahat) itu mereka tidak berupaya membentuk diri untuk menjadi yang baik. Maka berubahlah..kita mampu menjadi yang baik..mampu mendapatkan yang baik dengan syarat keluar dari kegelapan..berubah menjadi yang terbaik..Setiap perjalanan hidup kita semuanya telah tertulis..dan sekiranya yang hitam itu ada untuk kita, kita masih lagi mampu mengubahnya. Kita berupaya memilihnya. Cahaya pahala atau kelam dosa. Itu janji Allah. Maka yakinlah..berusaha menjadi yang terbaik pada pandangan Allah. Dan ingat..tiada siapa yang dapat mengubah nasib seseorang itu melainkan kita sendiri yang mengubahnya.
“Dan Allah tidak pandang seseorang hamba itu melalui kesilapan masa silam mereka. Allah pandang bagaimana kita membentuk diri untuk jadi yang terbaik pada masa hadapan”.


Jika adanya cinta maka terlahirlah rindu.


Rindu itu ialah cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga diikuti dengan kehinaan.

“adalah orang-orang yang memendam kerinduan baik lelaki mahupun perempuan, dengan tetap menjaga kehormatan dan menyembunyikan kerinduannya sebab dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang dirindukannya dan bersabar atasnya sampai mati kerana kerinduan tersebut, maka dia mendapatkan pahala syahid di akhirat.

Sama-samalah kita..jangan lahirkan rindu itu dengan kehinaan. Rindu buat ibu ayah dapat pahala..huhu nanti rindu kat suami bertambah-tambah pahala.  Rindu kepada yang berhak. InsyaAllah. ^_^

Dan bawalah hatimu kepada tuhan..sesungguhnya ku tak mampu untuk memberi cinta itu..sejujurnya cintaku kepada Maha Pencipta masih lagi goyah walaupun telah lama tersemai dan disiram dengan rasa takwa..cintaku kepada kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW juga belum terjalin dengan seeratnya..cintaku buat ayah ibu yang sentiasa berbunga dan harum mewangi aromanya masih juga tidak cukup.

Disaatku menikmati haruman cinta yang agung ini..aku yakin bahawa cinta buat lelaki yang bergelar suami itu akan muncul. Akan tetapi bukan pada masa ini kerana diri ini masih belum bersedia.  dan ku juga masih tidak mampu untuk menjaga hati seseorang bahkan hati sendiri belum terjaga. Begitu berat tanggungjawab akan dipikul oleh insan yang bergelar isteri. Dan sekiranya hadirnya cinta itu..akan ku terima dengan hati yang ikhlas..dengan harapan beliau itu seseorang yang boleh menjadi pembimbing diri ini ke jalan akhirat, yang boleh menjadi penawar dikala hati berduka, penghembus kata-kata semangat. Dan yang bisa membahagiakan ibu ayah...insyaAllah.

Ya Allah.. Kurniakan aku insan yang jelas..jelas yang akan menjadi teman dalam meneruskan sisa hidup di dunia dan sebagai penyuluh jalanku ke ahirat kelak.  Amin..^_^

Bersabar..yang  jelas itu akan muncul jua. Takdir Allah adalah yang terbaik untuk hambaNYA..walau siapapun beliau, akan ku terima dengan hati yang ikhlas.

Sedang kini ku sudah mampu berfikir. Muhasabah cintaku~


0 comments: